Senarai Fil Marsyal Fil Marsyal (Thailand)

No.PotretNamaHayatTarikh PelantikanNotaRuj
1Putera Bhanurangsi Savangwongse1859–19281910Adinda Raja Chualongkorn. Memegang jawatan Ketua Jabatan Operasi Bersama. Kemudian baginda dilantik sebagai Laksamana Armada pada 1913.[1] Sebelum itu menyandang pangkat Jeneral dalam tentera darat.[2][3]
2Putera Chirapravati Voradej,
Putera Nakhon Chaisi
1876–19131911Kekanda Raja Vajiravudh. Memegang jawatan Menteri Pertahanan Siam. Sebelum ini menyandang pangkat jeneral dalam tentera darat.[4]
3Putera Chakrabongse Bhuvanath,
Putera Phitsanulok
1883–19201917Adinda Raka Vajiravudh. Menyusun Angkatan Ekspedisi Siam untuk dihantar ke Eropah semasa Perang Dunia I. Sebelum ini menyandang pangkat jeneral dalam tentera darat.[5][6]
4Chao Phraya Bodindechanuchit
(Mom Rajawong Arun Chatrakul)
1856–19211917Memegang jawatan Panglima Jabatan Operasi Bersama. Sebelum ini memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[5][7]
5Putera Paribatra Sukhumbandhu,
Putera Nakhon Sawan
1881–19441917Saudara tiri Raja Vajiravudh. Menyandang jawatan Ketua Turus Tentera Darat Siam. Juga menerima pangkat Laksamana Armada pada tahun yang sama. Sebelum itu memegang pangkat laksamana dalam tentera laut.[5][8]
6Chao Phraya Surasakmontri
(Cherm Saeng-chuto)
1851–19311925Panglima tentera Siam semasa Perang Haw (1865–1890). Sebelum itu memegang pangkat leftenan jeneral dalam tentera darat.[9][10][11]
7Plaek Phibunsongkhram1897–19641941Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Dikenali popular sebagai Chom Phon Por (Fil Marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat mejar jeneral dalam tentera darat.[12][13]
8Phin Choonhavan1891–19731953Timbalan Perdana Menteri Thailand (1951–1956). Pemimpin Kumpulan Kudeta yang melakukan kudeta tahun 1947. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[14][15]
9Sarit Thanarat1908–19631956Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada 1959.[16] Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat, laksamana dalam tentera laut dan ketua marsyal udara dalam tentera udara.[17][18][19]
10Thanom Kittikachorn1911–20041964Perdana Menteri Thailand (Januari hingga Oktober 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[20][21]
11Kriengkai Attanand1913–19721972Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Helikopter terhempas semasa bertempur dengan pemberontak komunis di Wilayah Ratchaburi. Sebelum itu memegang pangkat Leftenan Jeneral (selaku panglima Kawasan Tentera Darat Pertama). Memerintah Angkatan Ekspedisi Diraja Thai semasa Perang Korea.[22][23]
12Praphas Charusathien1912–19971973Timbalan Perdana Menteri Thailand (1963–1971). Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat.[24][25]
13Permaisuri Bonda Sirikit1932–kini1992Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut.[26]

Rujukan

WikiPedia: Fil Marsyal (Thailand) http://www.pattayamail.com/832/news.shtml http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2456/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2460/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2469/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2484/A/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2496/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2498/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2499/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2502/D/...